Seorang pelajar bernama Hang Ming dari keturunan Puteri Hang Li Po, memang tidak dipandang langsung dalam kelasnya. Semua cadangannya dalam kelas tidak diambil endah oleh sesiapa pun. Ini membuatkan Hang Ming menjadi sedih. Pada suatu hari, dia mendapat satu idea setelah melihat sebuah drama Korea. Keesokan harinya, Hang Ming datang ke kelas dengan berpewatakkan “K-Pop”. Melihatkan betapa “cool’ nya Hang Ming dengan penampilan kpop itu, membuatkan semua mereka mahu menjadi sehebat Hang Ming. Hampir kesemua pelajar mula menjadi obsess dengan mempelajari lagu dan tarian K-Pop. Semua pelajar termasuk Puteri Bella menjadi amat kagum dengan penampilan terbaru Hang Ming itu. Sehingga membuatkan Puteri Bella terlupa akan niatnya untuk mengejar akan cinta Hang Zaim.